Menu
Respons lari atau lawan FisiologiSistem saraf autonomik adalah sistem kawalan yang sebahagian besarnya bertindak tanpa sedar serta mengawal kadar jantung, pencernaan, kadar pernafasan, tindak balas anak mata, urinasi, dan rangsangan seksual. Sistem inilah mekanisme utama dalam mengawal respons lari atau lawan sambil dikawal oleh dua komponen berasingan.[6]
Sistem saraf simpatetikSistem saraf simpatetik berpunca daripada saraf tunjang. Fungsi utamanya adalah menghidupkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika respons lari atau lawan. Komponen ini dalam sistem saraf simpatetik menggunakan dan menghidupkan pelepasan norepinefrina dalam tindak balas.[7]
Sistem sarah parasimpatetikSistem sarah parasimpatetik berpunca daripada saraf tunjang dan medula, dan bekerja seiring dengan sistem saraf simpatetik. Fungsi utamanya adalah mengaktifkan gerak balas "rehat dan cerna" serta mengembalikan badan kepada homeostasis selepas berlari atau berlawan. Sistem ini menggunakan dan mengaktifkan pelepasan pengutus saraf asetilkolina.[7]
Tindak balas bermula di dalam amigdala yang mencetuskan gerak balas saraf dalam hipotalamus. Tindak balas awal itu disusuli oleh penghidupan kelenjar pitituari dan perembesan hormon ACTH.[8] Kelenjar adrenal dihidupkan hampir serentak lalu melepaskan pengutus saraf epinefrina. Pelepasan pengutus kimia menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang meningkatkan tekanan darah dan gula darah, serta menindas sistem imun.[9] Gerak balas awal dan tindak-tindak balas berikutnya dicetuskan dalam usaha untuk mewujudkan rangsangan tenaga. Rangsangan tenaga ini diaktifkan oleh epinefrina yang terikat dengan sel hati dan seterusnya penghasilan glukosa.[10] Tambahan lagi, pengedaran kortisol bertujuan menukarkan asid berlemak kepada tenaga tersedia yang menyiapkan otot-otot di seluruh badan untuk bergerak balas.[11] Hormon-hormon katekolamina seperti adrenalin (epinefrina) atau noradrenalin (norepinefrina) memudahkan tindak balas fizikal segera yang berkaitan dengan persiapan untuk tindakan otot yang kencang. Antaranya:[12]
Perubahan fisiologi yang berlaku dalam gerak balas lawan atau lari dihidupkan demi memperkuat badan dan kelajuan dalam menanti pilihan untuk mencabut lari atau berlawan. Antara perubahan fisiologi tertentu dan fungsi-fungsinya adalah:[13][14]
Ilmu psikologi evolusi boleh menjelaskan bahawa haiwan purba terpaksa cepat bertindak balas kepada ransangan sedangkan ia tiada masa untuk menyiapkan diri secara psikologi dan fizikal. Maka respons lari atau lawan membekalkan haiwan itu dengan mekanisme untuk segera bergerak balas terhadap ancaman kepada nyawanya.[15][16]
Contohnya respons tekanan adalah seekor kuda belang yang sedang meragut rumput. Jika si kuda belang terlihat seekor singa yang datang dekat untuk membunuh, maka respons tekanan dihidupkan. Pelariannya memerlukan usaha sistem otot yang hebat, disokong oleh kesemua sistem badan. Penghidupan sistem saraf simpatetik jarang-jarang membekali keperluan ini. Satu lagi contoh seumpamanya yang merangsang perlawanan adalah seekor kucing yang hendak diserang oleh anjing. Si kucing mengalami denyutan jantung yang semakin pantas, piloereksi (bulu meremang, biasanya untuk menyimpan haba), serta anak mata mengembang, kesemuanya adalah tanda-tanda rangsangan simpatetik.[12] Harus diingatkan bahawa kuda belang dan kucing ini masih mengekalkan homeostasis dalam semua keadaan.
Menu
Respons lari atau lawan FisiologiBerkaitan
Respons lari atau lawan Ressons-sur-Matz Ressons-le-Long Ressons-l'AbbayeRujukan
WikiPedia: Respons lari atau lawan http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://psychcentral.com/blog/archives/2012/12/04/w... http://stresscourse.tripod.com/id11.html http://learn.genetics.utah.edu/content/begin/cells... http://faculty.washington.edu/chudler/auto.html http://faculty.weber.edu/molpin/healthclasses/1110... http://neuromuscular.wustl.edu/pathol/diagrams/gly... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12909458 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17514579 http://prpm.dbp.gov.my/